Apr 7, 2009

Benih Usahawan Muda.

Pisang tanduk emas... hehe... nampak sedap kan. Memang sedap pun...

Inilah antara aktiviti angah masa cuti semester. Siang hari angah kerja part time jadi promoter Nestle kat Giant Puchong. Malam, angah mengoreng kerepek pisang tanduk. Target pasaran, kekawan angah kat UIA. Timba pengalaman, cari wang. Sibuk!!!

Kerja-kerja seal kerepek ni lah yang membuatkan angah mengantuk ni. Ini kisah angah.

Apr 3, 2009

Usahawan Kerjaya Terpuji


9 daripada 1o rezeki adalah dari perniagaan. Dalam Al Quran dan hadis banyak menyentuh tentang profesion perniagaan dan berkali-kali diingatkan cara-cara menjalankan perniagaan secara halal dan jauhkan dari riba dan maksiat.

Jadikan penitian hidup di muka bumi Allah ini dengan mengamalkan suruhanNya dan mengutip pahala kebaikan dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Antaranya ialah berniaga dengan jujur dan Ikhlas.

Mar 13, 2009

Harapan

Norani, isteriku tersayang,
Terimakasih di atas segala pengurbananmu selama ini. Tiada kata yang dapat dilafazkan setinggi pengurbananmu. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Tabahkan hati dan tahniah diatas segala pengurbananmu untuk menjadi orang yang lebih berjaya. Semoga pulangmu membawa segulung kecemerlangan yang menyemarakkan lagi semangat anak-anak kita untuk terus cemerlang hingga ke Phd.
Abang akan sentiasa menyokong dan bersamamu dalam menghadapi suka duka kehidupan ini. Dalam apajua yang kita lalui semuanya dari yang Maha Esa untuk ujian ke atas umatnya. Baik dan buruk adalah untuk menguji keimanan hambaNya. Semoga kita menjadi pasangan yang bahagia di dunia dan akhirat. Amin...yarabbal a'lamin.

Nurul Adilla Farhana (KakLong),
Pembuka jalan dan pendorong kepada adik-adik untuk terus mencapai kecemerlangan. Walau di mana kita berada dalam apa jua keadaan dengan ilmu sajalah kita dapat mengubah cara hidup dan kehidupan seharian dan sepanjang zaman. Sebagai pakar matematik, bimbinglah adik-adik Kaklong agar lebih berjaya. Papa berasa sejuk hati melihat anak-anak papa berjaya ke menara gading semuanya. Lanjutkan pelajaran ketika masih muda dan jadilah anak bangsa yang disanjung tinggi dan dihurmati. Ingat suruhan Allah dan ampunilah dosa dariNya.Semoga Kaklong mencapai kejayaan yang cemerlang di UMT.


Mohd. Farid Firdaus (Angah),
Kematangan dan kedewasaan serta ketakwaanmu kepada suruhan Allah amat ibu dan papa sanjungi. Sentiasa bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala larangan NYA. Insyallah angah akan selamat di dunia dan akhirat.Sejak berada di UIA Angah lebih matang dan bertanggungjawab. We proud of U. Jadikan peluang belajar ini sebagai peluang menimba ilmu dalam mengerti erti kehidupan sebenarnya. Terima kasih kerana lebih memahami keadaan ibu dan papa. Angah pasti berjaya. Sentiasa berdoa dan pohon kebahgiaan di dunia dan akhirat. PASTI BERJAYA. GUA CAYA LU!

Nurul Fitriah (Kakcik Fitti)
Kakcik memang komited dengan apa yang dilakukan. Papa dan ibu yakin Kakcik will be somebody satu masa nanti. Apa yang penting impian emas Kakcik mesti dicapai. Untuk mencapainya perlukan pengurbanan dan kesabaran. Membaca merupakan satu amalan yang tidak boleh diabaikan dalam menambah ilmu dan mengejar cita-cita. Lipatgandakan pembacaan dan berfikir dan berdoa kepada yang Maha Esa agar kita sentiasa dirahmatiNya dan diberkati selalu. Pohon daripadaNya kerana tiada siapa lagi yang dapat kita memohon pertolongan dan perlindungan. Hanya pada Nya , ALLAH SWT. Papa sentiasa berdoa dan agar kakcik sentiasa bahagia dan berjaya, berjaya dan berjaya. Semoga Kakcik menjadi pelajar MRSM yang cemerlang tahun ini. Insyallah.



Mohamad Fadhzli,

Nama glamour Fadh, yang mirip nama Raja Arab Saudi satu ketika dulu. Al-Malik Fadh.Tahun 2010 adalah penentu untuk abe Fadh nak mendaki tangga cita-cita sebagai seorang Jurutera. MRSM sasaran abe Fadh. Apa lagi ditunggu. Kejayaan bermula hari ini, saat ini. Segala usaha dan penat hari inilah yang membawa kepada kejayaan hidup di masa depan. Tiada jalan mudah untuk berjaya kerana jatuh dan bangun, onak dan duri adalah ramuan untuk kejayaan. Tanpa ramuan-ramuan tersebut tiadalah kejayaan yang cemerlang. Mulakan dengan Bismillah dalam apajua dilakukan, ingat pada Allah setiap masa dan banyakkan membaca dan berfikir untuk menjadi ahli fikir dan jurutera yang berjaya. Papa yakin ATTITUDE Abe Fadh akan membawa Fadh ke mercu kecemerlangan. Jadilah ummah yang berjaya dan dihurmati dunia dan jadikan ISLAM sebagai tonggak dan pegangan dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar ini. Insyallah.


Anak bongsu ku, Nurul Syakila.

Papa menaruh harapan tinggi agar adik Ila lebih berjaya dalam membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2009 ni.Tiada apa lagi yang dapat papa katakan hanya harapan dan doa yang tidak pernah lekang dari hati ibu dan papa untuk melihat kejayaan cemerlang adik. Teguran, semangat, motivasi, tenaga, usaha sudah kami laburkan. Segalanya atas sikap dan semangat adik untuk menjayakan diri adik dan berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Itu sahaja hadiah yang adik perlu tunjukkan kepada ibu dan papa.Jadilah anak solehah yang berjaya di dunia dan di akhirat. Jadikan sembahyang awal waktu sebagai amalan dan berdoa setiap masa dan pohon keberkatan Allah dalam apa jua apa yang kita lakukan. Amin..

Feb 12, 2009

Rapat Ukhuwah kita!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat saing-saing semuo,
Tujuan ambo buat blog ni tak lain tak buke nak pertemukan semua saing-saing ambo dari seluruh negaro yang kenal ambo agar hubunge persahabate kita tak putus. Biar tak jupo mato tapi kito jupo kat alemayo. Marilah samo-samo kita berkenale ( bagi hok baru nak kenal) de saing-sain lamo tu kalu nak mari Kelate kontek ambo...boleh kita jupo. Tempat dudok ada belaka...http://nusantarahomestay.blogspot.com atau kalu stress sangat tu mari kita try spa ambo..kalu tak release juga ambo takleh ghoyak apo dah lo.

Feb 4, 2009

Catatan Pembuka

Assalamualaikum.

Blog dah jadi satu trend dalam dunia internet. Saya tak mahu ketinggalan. Lagipun, ia membuka seribu satu jalan untuk memulakan persahabatan, sumber ilmu pengetahuan, penyebaran perkembangan semasa, jalan rezeki tambahan dan sebagainya.

Semoga didekatkan dan dilimpahi kebaikan. Moga juga dijauhkan dari keburukan yang terhasil darinya.

Saya mulakan catatan pertama dengan kalimah Bismillah hirrahman nirrahim.