Mar 13, 2009

Harapan

Norani, isteriku tersayang,
Terimakasih di atas segala pengurbananmu selama ini. Tiada kata yang dapat dilafazkan setinggi pengurbananmu. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Tabahkan hati dan tahniah diatas segala pengurbananmu untuk menjadi orang yang lebih berjaya. Semoga pulangmu membawa segulung kecemerlangan yang menyemarakkan lagi semangat anak-anak kita untuk terus cemerlang hingga ke Phd.
Abang akan sentiasa menyokong dan bersamamu dalam menghadapi suka duka kehidupan ini. Dalam apajua yang kita lalui semuanya dari yang Maha Esa untuk ujian ke atas umatnya. Baik dan buruk adalah untuk menguji keimanan hambaNya. Semoga kita menjadi pasangan yang bahagia di dunia dan akhirat. Amin...yarabbal a'lamin.

Nurul Adilla Farhana (KakLong),
Pembuka jalan dan pendorong kepada adik-adik untuk terus mencapai kecemerlangan. Walau di mana kita berada dalam apa jua keadaan dengan ilmu sajalah kita dapat mengubah cara hidup dan kehidupan seharian dan sepanjang zaman. Sebagai pakar matematik, bimbinglah adik-adik Kaklong agar lebih berjaya. Papa berasa sejuk hati melihat anak-anak papa berjaya ke menara gading semuanya. Lanjutkan pelajaran ketika masih muda dan jadilah anak bangsa yang disanjung tinggi dan dihurmati. Ingat suruhan Allah dan ampunilah dosa dariNya.Semoga Kaklong mencapai kejayaan yang cemerlang di UMT.


Mohd. Farid Firdaus (Angah),
Kematangan dan kedewasaan serta ketakwaanmu kepada suruhan Allah amat ibu dan papa sanjungi. Sentiasa bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala larangan NYA. Insyallah angah akan selamat di dunia dan akhirat.Sejak berada di UIA Angah lebih matang dan bertanggungjawab. We proud of U. Jadikan peluang belajar ini sebagai peluang menimba ilmu dalam mengerti erti kehidupan sebenarnya. Terima kasih kerana lebih memahami keadaan ibu dan papa. Angah pasti berjaya. Sentiasa berdoa dan pohon kebahgiaan di dunia dan akhirat. PASTI BERJAYA. GUA CAYA LU!

Nurul Fitriah (Kakcik Fitti)
Kakcik memang komited dengan apa yang dilakukan. Papa dan ibu yakin Kakcik will be somebody satu masa nanti. Apa yang penting impian emas Kakcik mesti dicapai. Untuk mencapainya perlukan pengurbanan dan kesabaran. Membaca merupakan satu amalan yang tidak boleh diabaikan dalam menambah ilmu dan mengejar cita-cita. Lipatgandakan pembacaan dan berfikir dan berdoa kepada yang Maha Esa agar kita sentiasa dirahmatiNya dan diberkati selalu. Pohon daripadaNya kerana tiada siapa lagi yang dapat kita memohon pertolongan dan perlindungan. Hanya pada Nya , ALLAH SWT. Papa sentiasa berdoa dan agar kakcik sentiasa bahagia dan berjaya, berjaya dan berjaya. Semoga Kakcik menjadi pelajar MRSM yang cemerlang tahun ini. Insyallah.



Mohamad Fadhzli,

Nama glamour Fadh, yang mirip nama Raja Arab Saudi satu ketika dulu. Al-Malik Fadh.Tahun 2010 adalah penentu untuk abe Fadh nak mendaki tangga cita-cita sebagai seorang Jurutera. MRSM sasaran abe Fadh. Apa lagi ditunggu. Kejayaan bermula hari ini, saat ini. Segala usaha dan penat hari inilah yang membawa kepada kejayaan hidup di masa depan. Tiada jalan mudah untuk berjaya kerana jatuh dan bangun, onak dan duri adalah ramuan untuk kejayaan. Tanpa ramuan-ramuan tersebut tiadalah kejayaan yang cemerlang. Mulakan dengan Bismillah dalam apajua dilakukan, ingat pada Allah setiap masa dan banyakkan membaca dan berfikir untuk menjadi ahli fikir dan jurutera yang berjaya. Papa yakin ATTITUDE Abe Fadh akan membawa Fadh ke mercu kecemerlangan. Jadilah ummah yang berjaya dan dihurmati dunia dan jadikan ISLAM sebagai tonggak dan pegangan dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar ini. Insyallah.


Anak bongsu ku, Nurul Syakila.

Papa menaruh harapan tinggi agar adik Ila lebih berjaya dalam membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2009 ni.Tiada apa lagi yang dapat papa katakan hanya harapan dan doa yang tidak pernah lekang dari hati ibu dan papa untuk melihat kejayaan cemerlang adik. Teguran, semangat, motivasi, tenaga, usaha sudah kami laburkan. Segalanya atas sikap dan semangat adik untuk menjayakan diri adik dan berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Itu sahaja hadiah yang adik perlu tunjukkan kepada ibu dan papa.Jadilah anak solehah yang berjaya di dunia dan di akhirat. Jadikan sembahyang awal waktu sebagai amalan dan berdoa setiap masa dan pohon keberkatan Allah dalam apa jua apa yang kita lakukan. Amin..